TOKYO 2015 : Honda NSX janjikan ledakan adrenalin tanpa batasan!
Sekali pandang, pantas membuat degupan jantung berdetak laju. Berkali-kali pandang, pasti jatuh cinta!
Itulah daya tarikan yang ada pada Honda NSX, penampilannya di dalam Tokyo Motor Show 2015 yang sedang berlangsung pasti membuatkan peminat jentera sebegini pantas mendekatinya.
Sebelum ini, Honda NSX dikatakan bakal dipadankan dengan enjin V6 aspirasi-natural, namun akhirnya Honda membuat keputusan untuk menggunakan unit turbo pula. Satu keputusan yang sungguh tepat memandangkan ia merupakan jentera prestasi tinggi yang memerlukan ledakan adrenalin dengan impak maksima lebih luar biasa.
Dengan ‘jantung’ 3.5 liter DOHC pengecas turbo-berkembar, ia mampu meledakkan kuasa sehingga 500 hp pada 7,500 rpm dan tork puncak 550 Nm antara 2,000 hingga 6,000 rpm. Kuasa tambahannya disalurkan menerusi Twin Motor Unit (TMU).
Mengenai imej yang diperagakan, tidak perlu banyak diperkatakan kerana setiap sudutnya tampil sungguh sporty.
Lihat saja galeri foto di bawah… kasi cuci mata, bro!