Penutupan jalan sempena Festival Berbasikal Asia Kuala Lumpur 2015 hujung minggu ini
Hujung minggu ini, akan berlangsungnya Festival Berbasikal Asia Kuala Lumpur 2015 di sekitar ibu kota. Ia dianjurkan sempena dengan Persidangan Asian kali ke-27.
Penganjuran festival ini telah melibatkan penutupan jalan di beberapa laluan utama di KL. Ia melibatkan laluan sepanjang Dataran Merdeka yang bakal ditutup mulai jam 7.30 pagi hingga 6 petang pada Sabtu (7 Nov).
Sementara itu, pada Ahad (8 Nov) pula, beberapa jalan berikut bakal ditutup mulai 6.30 pagi hingga 10 pagi bagi kelancaran festival berkenaan. Jalan yang terlibat ialah :
-Jalan Raja Laut
-Jalan Sultan Ismail
-Jalan P. Ramlee
-Jalan Ampang
-Jalan Dang Wangi
-Jalan Tunku Abdul Rahman
-Jalan Raja
-Jalan Sultan Hishamuddin
-Bulatan Masjid Negara
Polis trafik akan memantau laluan berkenaan dan pengguna jalan raya diminta supaya mematuhi arahan. Dan disarankan agar mengikuti papan tanda bagi mengetahui jalan lencongan dan sebagainya bagi kelancaran trafik.