Mazda CX-9 serba baharu bakal muncul di Los Angeles Auto Show 2015
By 0 Comments
|
Sebelum tirai Los Angeles Auto Shos 2015 dibuka, Mazda seakan tidak sabar untuk memberi tahu satu dunia bahawa mereka akan melakukan tontonan perdana bagi model serba baharu Mazda CX-9 di sana.
Menurut Mazda, CX-9 serba baharu ini digambarkan sebagai “pelaksanaan rekaan yang lebih premium”, ia telah menggunakan versi terkini rekaan KODO ciptaan Mazda sepenuhnya.
Malah ia dikatakan mungkin memiliki banyak persamaan dengan model konsep Koeru yang pernah dipertontonkan di Frankfurt Motor Show pada September lalu.
Ada khabar angin mengatakan CX-9 serba baharu ini bakal dilancarkan pada tahun 2016.