AKLEH buka Fasa 2 untuk laluan tambahan
Projek Lintasan Kota Sdn Bhd, syarikat konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) telah membuka laluan tambahan di Lebuhraya AKLEH mukai 3 November lalu untuk kegunaan para pengguna lebuh raya tersebut.
Laluan tambahan tersebut menyambungkan deck sedia ada dari KM4.6, Persimpangan Jalan Jelatek sehingga KM6.0, Persimpangan Jalan Ulu Kelang menghala ke kawasan Ampang dengan menyediakan laluan tiga lorong yang baharu sepanjang 1.4 km.
Dengan adanya kemudahan terbaharu ini, dijangkakan sebanyak 35% masalah trafik ketika waktu puncak akan berkurangan. Laluan 3 lorong sehala yang lebih lebar akan menyumbang kepada pemanduan yang lebih selesa dan selamat untuk pengguna lebuh raya yang menghala ke Jalan Ulu Kelang, Jalan Lingkaran Tengah II (MRRII) dan Ampang
Kos pembinaan laluan tambahan yang dianggarkan sebanyak RM120 juta ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi.
Kerja-kerja pembinaan laluan tambahan ini mengambil masa pembinaan selama 18 bulan dan telah berjaya disiapkan lima bulan lebih awal dari perancangan asal. Laluan baru tersebut juga mempunyai kapasiti kawasan yang luas bagi menampung keadaan trafik di waktu puncak.
Untuk maklumat syarikat dan keadaan trafik terkini, sila ikuti laman sosial PROLINTAS di Twitter iaitu @AKLEHTrafik dan Facebook iaitu PROLINTAS Highways serta laman web PROLINTAS iaitu www.prolintas.com.my.