Dua lorong di Lebuhraya Cheras-Kajang akan ditutup selama 24 hari mulai esok
By 0 Comments
|
MMC-Gamuda telah mengeluarkan kenyataan berhubung penutupan dua lorong akan dilaksanakan di laluan Lebuhraya Cheras-Kajang selama 24 hari. Ia adalah bagi kerja-kerja pemasangan konkrit bagi projek MRT.
Lorong yang terlibat ialah dari Exit 702 ke Exit 703 selepas plaza Tol Batu 9 akan ditutup mulai esok hingga 30 Nov, antara 9 pagi hingga 4 petang setiap hari.
Sepanjang penutupan itu, dua lorong akan dibuka kepada pengguna jalan raya dan disarankan agar mengikuti papan tanda arahan untuk kelancaran trafik.
Sumber foto : Laman web rasmi MMC-Gamuda