Caltex® raikan pemenang Promosi RON97
Chevron Malaysia Limited (Chevron) yang memasarkan jenama Caltex® di Malaysia, telah meraikan para pemenang sempena dengan Promosi RON97 yang dianjurkan mulai Ogos lalu selama enam minggu.
Pemenang bertuah bagi promosi tersebut ialah Karuna Raj A/L Kandiah dari Penang dan Wan Nasron Wan Muhamood dari Kelantan telah membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM5,000 setiap seorang. Mereka turut diraikan bersama 12 orang pemenang lain.
Menurut Chevron, Promosi RON97 Caltex® ini adalah peluang untuk para pelanggan menikmati penjimatan minyak dan ia juga sebagai tanda penghargaan buat pelanggan setia yang memilih bahan api premium ini.
Sepanjang enam minggu kempen ini, Chevron akan memberi penghargaan buat lebih 190 pelanggan bertuah yang berkongsi hadiah bernilai RM110,000.
Dengan Caltex Premium 97 with Techron®, ia mampu memberikan enjin kenderaan bahan api yang terbaik dan prestasi yang berpanjangan.