Subaru bakal mempertontonkan Impreza Sedan Concept di Los Angeles minggu hadapan
Subaru telah mendedah perancangan untuk membawa model Impreza Sedan Concept ke Los Angeles Auto Show yang berlangsung minggu hadapan.
Setelah mempertontonkan model konsep Impreza 5-pintu di Tokyo Motor Show 2015, Subaru membuat keputusan inilah masa yang tepat untuk memperkenalkan model Impreza generasi baharu. Di mana ia turut dijangka bakal berada di pasaran pada tahun hadapan.
Impreza Sedan Concept kelihatan memiliki sisi profil yang lebih langsing dengan garisan bumbung yang lebih landai. Sekali gus membuatkan penampilannya lebih dinamik.
Bahagian hadapannya masih ‘membawa’ imej model konsep hatchback, namun difahamkan model produksinya bakal menggunakan platform baharu iaitu Subaru Global Platform (SGP) yang menayksikan penyingkiran beratnya walau kelihatan lebih besar berbanding model sedia ada.
Walau bagaimana pun, Subaru masih merahsiakan perician lanjut mengenai model ini, namun dijangkakan ia memiliki ruang kabin yang lebih luas berbanding model terdahulu.
Untuk maklumat lanjut mengenai model konsep ini, kena tunggu pembukaan Los Angeles Auto Show 2015 pada 19 Nov ini.
Model konsep Subaru Impreza 5-pintu di Tokyo Motor Show 2015
Related
Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.