Pembukaan sementara laluan alternatif Jalan Kuala Lumpur-Bentong mulai jam 11 pagi ini
By 0 Comments
|
Insiden banjir lumpur berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada lewat petang Rabu lalu telah menyebabkan sebahagian Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak iaitu di KM52.4 tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan.
Awal pagi ini Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan dengan pembukaan sementara laluan alternatif Jalan Kuala Lumpur-Bentong.
Menurut kenyataan terbabit, laluan alternatif akan dibuka mulai jam 11 pagi ini yang melibatkan kedua-dua arah.
Berikut merupakan kenyataan rasmi mengenainya :
Sumber foto : FB Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)