Keputusan semakan pelaksanaan AES akan diumumkan awal tahun hadapan – Liow
By 0 Comments
|
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan semakan semula secara menyeluruh pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan diumumkan kerajaay awal tahun hadapan.
Menurut Liow, kerajaan mahu memastikan bahawa AES dilaksanakan selari dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (Kejara).
Buat masa sekarang ini, ia masih diperingkat kajian, memetik laporan Bernama.
Setakat ini, terdapat 14 kamera AES masih berfungsi.
Sambungnya lagi, “Kita tidak menghentikan sistem AES. Mereka yang dikenakan saman tetap kena bayar.”