12 jalan sekitar Kuala Lumpur ditutup selama 5 hari mulai esok sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27
Sempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27, sebanyak 12 jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup mulai hari ini (18 Nov) sehingga 22 Nov ini.
Menurut Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, polis trafik telah dikerah mengawal pergerakan trafik di sekitar Kuala Lumpur termasuk laluan yang ditutup mulai jam 7 pagi hingga 11.30 malam selama 5 hari tersebut.
Antara jalan terlibat ialah Jalan Binjai menghala Persiaran KLCC, Jalan Imbi menghala Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan menghala Jalan Bukit Bintang, Jalan Kia Peng menghala Lorong Perak dan Jalan Raja Chulan menghala Lorong Perak.
Turut ditutup ialah Jalan Nagasari ke Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail ke Jalan Ampang, Jalan Ampang ke Jalan P.Ramlee, Jalan Ampang ke Jalan Binjai, Jalan Sultan Ismail ke Jalan P.Ramlee dan Jalan Raja Chulan ke Persiaran Raja Chulan.
Laluan dari KLIA dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah menuju pusat bandar juga akan terjejas dengan penutupan ini.
Pada 21 Nov, laluan memasuk pusat bandar KL akan ditutup secara berperingkat antara jam 7.40 pagi dan 9 pagi, sepanjang berlangsungnya acara tersebut, dan ditutup antara jam 7.15 malam hingga 8.50 malam menjelang majlis makan malam sempena persidangan berkenaan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Kia Peng/Jalan Stonor, Jalan Tun Razak, Lorong Lumba Kuda, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Raja Chulan/Tun Perak, Jalan Hang Tuah, dan Jalan Pudu.
Sumber foto : Polis Trafik Kuala Lumpur