Land Rover Defender Edisi Terhad dilancarkan – Terakhir sebelum produksi ditamatkan
Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM) telah melancarkan Land Rover Defender Edisi Terhad bagi penghormatan pada model ikonik 4×4 tersebut yang bakal menghentikan produksinya penghujung tahun ini.
Jika Land Rover Defender Double Cab menampilkan 13 elemen eksklusif termasuklah chequer plate set, rak bumbung, corong udara yang lebih besar, pelindung sisi, palang pelindung bingkai-A dan kit pemasangan, empat unit lampu simbah, bampar pemijak belakang, penarik elektronik 9.5cti WARN, kit asksesori penarik, lima tayar untuk off-road dan warna Santorini-Black untuk bahagian badan dan rim.
Bagi Land Rover Defender Limited Edition pula, ia akan disesuaikan mengikut tempahan.
Menurut Pengarah Urusan JLRM, Tuan Syed Mudzhar Syed Ali, aksesori yang ditawarkan ini akan dipasang sendiri oleh juruteknik bertauliah dah turut didatangkan dengan waranti, kecuali warna kerangka dan juga tayar bagi off-road.
Pada harga RM153,888.00 dengan tambahan RM65,388.00 bagi Pakej Aksesori Edisi Terhad (termasuk kos buruh dan GST), ia sudah pun boleh didapati di semua bilik pameran Sime Darby AutoConneXion Sdn Bhd atau SISMA Auto Sdn Bhd.
Bagi Pakej Aksesori Edisi Terhad, harga sebenarnya ialah RM79,000 namun kini ditawarkan dengan harga promosi mulai sekarang sehingga 31 Disember ini.