PUSPAKOM tawar perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak di lokasi terpilih
Bagi anda yang ingin mmenjalani pemeriksaan kenderaan tetapi tinggal agak jauh dari pusat pemeriksaan PUSPAKOM, kini tidak perlu risau lagi. Ini kerana PUSPAKOM menawarkan perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak.
Unit Pemeriksaan Bergerak ini akan mengadakan lawatan berjadual kepada para pelanggannya yang berada jauh daripada pusat pemeriksaan PUSPAKOM yang sedia ada. Ini merupakan salah satu daripada initiatif PUSPAKOM dalam mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan demi kemudahan pelanggan.
Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM yang disediakan pada bulan November dan Disember 2015 ini bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut:
Perkhidmatan Unit Bergerak PUSPAKOM ini meliputi semua jenis pemeriksaan mandatori (kecuali Pemeriksaan Awalan) yang digariskan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 seperti Pemeriksaan Berkala, Pemeriksaan Khas, Pemeriksaan Tukar Milik dan Pemeriksaan Sukarela yang melibatkan proses pemeriksaan pengesahan nombor enjin dan casis, pemeriksaan bahagian atas dan bawah kenderaan, ujian brek, ujian suspensi dan sebagainya.
Kadar bayaran pemeriksaan yang dikenakan adalah seperti ketetapan kadar pemeriksaan semasa, bergantung kepada jenis pemeriksaan dan kenderaan. Proses pemeriksaan adalah mudah dan cepat, dan laporan pemeriksaan akan diberikan kepada pelanggan dengan serta merta.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kami memahami keperluan pelanggan kami. Oleh yang demikian, Perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM diperkenalkan untuk memberi nilai tambah kepada perkhidmatan yang sedia ada. Ia juga dapat menjimatkan kos dan masa pelanggan yang ingin menjalankan pemeriksaan samada untuk pemeriksaan kenderaan komersial mahupun persendirian.”
Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung Perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak, para pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM di 1-800-222-210 atau talian bebas tol PUSPAKOM di 1-800-88-6927.