Honda Civic 1.5 turbo bakal dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan pada tahun 2017
Forum CivicX sedang hangat membicarakan tentang generasi ke-10 Honda Civic dengan enjin baharu 1.5 liter pengecas turbo bakal dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan. Walau bagaimana pun, kemungkinan besar penghasilannya ditundakan sehingga tahun 2017.
Beberapa hari lalu, Honda Civic sedan bakal diperkenalkan di US dengan varian asas LX. Menurut sumber, ia mungkin akan dipadankan dengan enjin 2.0 liter DOHC i-VTED empat-silinder dengan gabungan kotak gear manual enam-kelajuan atau CVT. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 158hp dan tork 187 Nm.
Bagi varian paling tinggi, ia bakal dipadankan dengan enjin yang lebih kecil tetapi berkuasa iaitu 1.5 liter DOHC suntikan-terus turbo yang buat masa ini hanya dipadankan dengan transmisi CVT. Ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 174 hp pada 5,500 rpm dan tork 219 Nm pada 1,800 hingga 5,000 rpm.
1 Comment