Dalam sidang perbahasan Bajet 2016 Negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri semalam, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan bermula pada bulan Mac 2016, sebaik sahaja reka bentuk terperinci melibatkan tiga pakej awal siap pada penghujung tahun 2015.
Dengan kos keseluruhan bernilai RM12.8 bilion, kebanyakan laluan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah sepanjang 706 kilometer akan menggunakan laluan jalan raya sedia ada, walaupun beberapa laluan baharu diwujudkan, memetik laporan Bernama.
Ia melibatkan tiga pakej bagi jarak jalan raya sejauh 23.5 kilometer. Di mana tiga pakej awalan pembinaan projek berkenaan ialah Jalan Donggongon-Papar sejauh 11.7 kilometer, Jalan Tawau-Semporna (dari Km45 ke Km49.7) dan Jalan Lahad Datu Bypass (7.1Km).
Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah turut diumumkan di dalam Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober lalu.
BAJET 2016 juga tidak melupakan pembinaan lebuhraya bagi penduduk di Sarawak dan Sabah. Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang baru saja dilancarkan awal bulan ini telah disediakan dana peruntukan sebanyak RM16.1 bilion. Lebuhraya sepanjang 1,090 km ini dijangka siap pada tahun 2021. Manaka Lebuhraya Pan Borneo Sabah pula melibatkan kos…
Pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dengan jarak keseluruhan 390 km, yang melibatkan empat jajaran, dari Bentong ke Gua Musang adalah jalan alternatif bagi pengguna jalan raya dari Selatan dan Kuala Lumpur, selain melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, yang ingin ke Kelantan. Semalam, sebahagian dari lebuhraya berkenaan telah pun…
Dalam persidangan Dewan Rakyat semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak sepanjang 1,090 kilometer (km) dijangka dapat disiapkan dalam tempoh lapan tahun dan beroperasi sepenuhnya pada awal 2023. Projek itu terbahagi kepada dua fasa dan fasa pertama melibatkan laluan dari…
Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.