Penutupan Jalan Semantan ke Jalan Johar hari ini hingga 27 Dis
MMC Gamuda telah mengeluarkan kenyataan berhubung dengan penutupan sepenuhnya Jalan Semantan menghala ke Jalan Johar mulai hari ini sehingga 27 Disember 2015.
Penutupan jalan ini turut melibatkan Lingkaran Damansara (dari Jalan Semantan) menghala ke Jalan Johar (arah KL).
Penutupan ini bagi pemasangan jambatan pejalan kaki di Pintu Masuk B, stesen MRT Pusat Bandar Damansara.
Walau bagaimana pun, penutupan ini tidak melibatkan pengguna jalan raya yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Petaling Jaya serta Bangsar ke Bukit Damansara atau Kuala Lumpur.
Bagi pengguna jalan raya yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Jalan Johar, ada lencongan khas dibuka di sepanjang Lebuhraya SPRINT.
Dari situ, pengguna jalan raya boleh keluar ke persimpangan INTAN/Mon’t Kiara dan terus ke lorong kiri untuk membuat pusingan U sebelum memasuki semula Lebuhraya SPRINT untuk ke Jalan Johar.