Pelaksanaan kutipan tol secara elektronik sepenuhnya di 10 plaza tol mulai 13 Jan ini
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengumumkan sebanyak 10 plaza tol di empat buah lebuhraya utama akan melaksanakan kutipan tol secara elektronik sepenuhnya mulai 12 tengahari, 13 Januari 2016 ini.
Pelaksanaan kutipan tol secara elektronik ini hanya menggunakan kad PLUSMILE, Touch ‘n Go atau SmartTAG bagi melakukan transaksi bayaran tol di plaza-plaza tol berkenaan.
Berikut merupakan 10 plaza tol yang terlibat :
-Plaza Tol Salak Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
-Plaza Tol Putrajaya, MEX
-Plaza Tol Seri Kembangan, MEX
-Plaza Tol PJS2, Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
-Plaza Tol PJS5, NPE
-Plaza Tol Pantai Dalam, NPE
-Plaza Tol Batu 9, Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA)
-Plaza Tol Batu 11, GRANDSAGA
-Plaza Tol Seri Muda, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
-Plaza Tol Alam Impian, LKSA
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh LLM, untuk melancarkan operasi tol di semua plaza tol, pihak konsesi lebuhraya terbabit akan memastikan kemudahan Lorong Tambah Nilai dan penjualan kad Touch ‘n Go di lorong beroperasi 24 jam serta kakitangan akan ditempatkan di lorong bagi membantu masalah yang dihadapi oleh pengguna.
Pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui kesemua plaza tol ini bagi perjalanan yang lebih lancar.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi hotline Pusat Trafik LLM 1-800-88-7752 atau mana-mana pusat khidmat pelanggan lebuhraya yang berkenaan.