Yamaha SPORTS RIDE CONCEPT bakal memasuki produksi tidak lama lagi
Ada desas-desus yang sedang bertebaran dalam industri automotif global memperkatakan Yamaha yang selama ini terkenal dengan pengeluaran motosikal, bakal memproduksikan Yamaha SPORTS RIDE CONCEPT.
Yamaha SPORTS RIDE CONCEPT yang ditontonkan di Tokyo Motor Show 2015 Oktober lalu, turut berjaya menarik perhatian ramai dan menjadi antara penyebab mengapa Yamaha mahu merealisasikan impian ini.
Malah Yamaha juga dikatakan bakal memulakan projek memproduksi Yamaha SPORTS RIDE CONCEPT ini pada hujung tahun 2017 atau pun awal 2018.
Bagi model konsep, Yamaha SPORTS RIDE CONCEPT berukuran 3900 mm panjang, 1720 mm lebar dan 1170 mm tinggi. Namun untuk model produksi, Yamaha mensasarkan ia hanya seberat 750 kg sahaja. Justeru, kemungkinan besar akan melakukan pelbagai perubahan yang lebih signifikan.
Malah Yamaha turut telah memberikan harga jangkaannya iaitu kurang dari £35,900(RM230,310).