Nissan Juke bakal tampil dengan model dinaiktaraf
By 0 Comments
|
Nissan juga mahu membuat kejutan dengan mengeluarkan imej teaser bagi model Juke yang dinaik taraf. Ia bakal membuat penampilan pertamanya di Geneva Motor Show pada minggu hadapan.
Melalui teaser ini, tidak banyak yang dapat diperhatikan walau pun menurut Nissan, model dinaik taraf ini menerima banyak perubahan elemen, rekaan dan juga menawarkan lebih penjimatan bahan api.
Terdapat spekulasi yang mengatakan, Juke ini bakal dipadankan dengan enjin baharu 1.2 liter DIG-T yang mampu menghamburkan kuasa maksimum 115 hp dan puncak tork 190 Nm.
Untuk mengetahui sejauh manakah keistimewaan Juke ini, kenalah tunggu gambaran sebenar dan maklumat lebih terperinci mengenainya yang bakal disiarkan dalam masa beberapa hari lagi.
Tungggggguuuuuuuuu!!!