Mitsubishi Mirage facelift dilancarkan di Thai Motor Expo 2015
Mitsubishi Mirage facelift telah pun dilancarkan di Thai Motor Expo 2015. Kemunculan model hatchback ternyata menarik perhatian kerana tampil dengan beberapa elemen berteknologi tinggi.
Penampilannya nampak sedikit kelainan dengan paras rupa bahagian hadapan yang lebih segar. Gril bersama padanan lampu utama bi-xenon menjadi pilihan untuk varian spesifikasi tertinggi, disambungkan dengan lampu nyalaan siang LED.
Ia turut dipadankan dengan rim aloi baharu bersaiz 15-inci dan lampu belakang LED yang lebih menyerlahkan lagi gayanya.
Tambahan bagi elemen keselamatan, Mirage ini turut dilengkapi dengan Radar Sensing Misacceleration Mitigation System-Forward dan juga Forward Collision Mitigation System-Low Speed Range yang turut ditampilkan pada model terbaharu Pajero Sport.
Bayangkan dengan harga mampu milik dari 383,000 baht (RM45,000), ia memiliki elemen keselamatan sebaik itu.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Aktif, Bantuan Mula Mendaki, ABS, EBD dan BA serta dua beg udara.
Walau bagaimana pun, bahagian mekanikalnya tiada perubahan. Ia masih mengekalkan penjana enjin yang sama iaitu 1.2 liter tiga-silnder (78hp/100Nm) serta kotak gear CVT.
Buat setakat ini, belum dipastikan adakan Mirage ini bakal tiba ke pasaran Malaysia mahu pun tidak.