Proton tawar promosi servis termasuk diskaun & pemeriksaan percuma
Tawaran waranti lanjutan tujuh tahun/250,000 km dari Proton untuk model Saga, Iriz, Preve, Suprima S dan Exora telah pun berakhir minggu lalu. Tapi jangan risau, kerana Proton telah memperkenalkan pakej servis baharu sehingga 31 Disember ini.
Melalui pakej servis ini, Proton menawarkan 26% diskaun untuk alat ganti terpilih dan kos buruh serta pemeriksaan keselamatan percuma. Menurut risalah promosi ini, alat ganti terpilih yang disenaraikan termasuklah penyerap hentak, tali sawat, brek dan klac.
Jadi, inilah masa yang paling sesuai untuk para pemilik model Proton terutamanya yang mungkin sedang membuat perancangan untuk pergi ke mana-mana destinasi pada musim cuti sempena Krismas atau Tahun Baru ini.
Jangan lepaskan peluang untuk membawa kenderaan anda ke pusat servis Proton terpilih untuk pemeriksaan secara percuma dan dapatkan alat ganti terpilih dengan harga diskaun.