PANDU UJI: Ford Ranger 2.2L XLT & 3.2L WildTrak

By  |  0 Comments

Ranger_Ext_04

Ramai yang bertanya, bagaimanakah prestasi dan pengendalian Ford Ranger baharu ini? Adakah ia sama seperti mana model terdahulu atau telah dipertingkatkan?

Januari lalu, kami telah memandu uji Ranger 2.2 XLT versi terdahulu. Awal Oktober lalu, Ford Malaysia telah melancarkan barisan Ranger baharu dan ini memberikan peluang untuk kami mencuba Ranger baharu dengan dua varian iaitu 2.2L XLT Auto dan 3.2L Wildtrak.

Bagi Ranger 2.2 XLT Auto, kami berpeluang melenjannya di laluan off-road. Walau pun tidak melibatkan laluan yang ekstrem, namun tetap memberikan cabaran dan pengalaman bermakna.

Ford Malaysia membawa kami ke Tandom Hill Resort yang terletak di Banting, Selangor.

20151129_1092

Bagi Ranger 2.2L XLT Auto ini, ia dijanakan oleh enjin 2.2 liter Commonrail Turbocharged (VGT). Ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 160 PS pada 3,200 rpm dan tork puncak 385 Nm antara 1,600 hingga 2,600 rpm.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi Automatik enam-kelajuan bersama Sportmode dan Electronic-shift-on-the-fly (ESOF).

Di Tandom Hill Resort ini, selain sebagai sebuah pusat rekreasi yang turut menyediakan penginapan, terdapat beberapa laluan off-road disediakan, termasuklah sedikit laluan berbukit.

20151129_0983

Tidak sukar untuk mengendalikan Ranger 2.2L XLT Auto ini dalam mengharungi cabaran laluan off-road ini. Ia tidaklah sesukar mana, namun dengan adanya beberapa teknologi keselamatan yang tersedia di dalam pikap ini, ia lebih memudahkan pengendalian.

Pasa saat inilah beberapa teknologi keselamatan tersebut diuji, sekali gus mempamerkan kehebatan Ranger baharu ini di dalam berhadapan dengan laluan sebegini.

Bagi merentasi laluan off-road ini, mod 4×4 sepenuhnya diperlukan. Kenderaan harus berhenti sejenak untuk menukar pacuan dari 2L bagi 4×2 ke 4×4 untuk mod 4L.

Jika mahu memilih mod 4H, tidak perlu memberhentikan kenderaan dan ia boleh ditukar sewaktu kenderaan bergerak dalam kelajuan sederhana.

20151129_0764

Merentasi laluan berlecak, licin dan basah memang agak mencabar. Namun dengan adanya sistem keselamatan termasuk Electronic Locking Rear Differential, ia mampu membantu menambahkan kuasa cengkaman terutamanya ketika melalui laluan yang sukar.

Malah ketika mendaki bukit pula, dengan adanya Hill Launch Assist, kawalan pengendaliannya tidak menyulitkan. Sistem ini mampu membantu mengelakkan kenderaan terundur ke bawah apabila brek dilepaskan ketika pemandu menekan pedal pendikit.

Sedikit mencabar apabila kenderaan harus pantas dibelok (bagi mengelak terlanggar tebing bukit) selepas menaiki bukit terbabit. Apatah lagi ketika itu pandangan sedikit terhalang oleh papan pemuka apabila kenderaan sedikit menegak.

20151129_1001

Cabaran seterusnya menuruni bukit dengan kecerunan 35 darjah. Rasa berdebar-debar juga bimbang kenderaan sukar dikawal dan meluncur laju.

Namun kebimbangan ini pantas terhakis apabila butang Hill Descent Control ditekan. Kaki dilepaskan dari pedal brek dan pendikit. Kemudian kenderaan bergerak secara perlahan-lahan menuruni bukit.

Malah brek akan berfungsi secara automatik ketika diperlukan. Terdengar cengkaman brek ketika ia menjalankan tugasnya, dengan cemerlang, sehinggalah berjaya menuruni bukit terbabit.

Untuk mendapatkan kuasa tork pada kelajuan rendah atau brek tambahan ketika menuruni bukit, pemandu boleh menggunakan gear 4×4 jarak pendek.

Ranger 2.2L XLT Auto ini turut diuji untuk melalui kawasan yang berair bagi menguji jarak ground clearance yang mampu mencecah 230 mm, manakala ia mampu meredah air sedalam sehingga 800 mm.

Untungnya Ranger baharu ini turut memiliki sudut mendekat (approach angle) sehingga 28 darjah dan 25 darjah bagi sudut pelepasan (departure angle).

Jadi, ketika melalui rintangan jalan seperti menaik atau menurun bukit mahu pun tebing, Ranger baharu ini mampu bekerja dengan cemerlang. Serta menempuh apa jua laluan paling ekstrem dengan mudah.

Kekuatan di laluan off-road ini dipadankan dengan keupayaan menunda sehingga 3,500kg serta kapasiti mengangkut beban yang luar biasa mencecah 1,200kg.

Sebenarnya keupayaan varian 3.2L WildTrak juga tidak boleh dipertikaikan dan mampu melalui cabaran off-road sebegini. Namun ia memiliki momentum yang lebih tinggi berbanding varian 2.2L memandangkan kapasiti enjinnya yang lebih besar dan berkuasa.

Walau bagaimana pun, kami tidak berkesempatan menguji 3.2L WildTrak di lapangan off-road. Tetapi berpeluang melakukan road trip ke Selatan tanahair dengan melenjannya di jalan bandar, membelah lebuhraya dan kawasan kampung.

20151130_0952

Bagi varian 3.2L Wildtrak automatik yang diuji ini, ia digandingkan dengan enjin diesel generasi terkini 3.2 liter Duratorq lima-silinder TDCi. Enjin ini mampu menjana kuasa mencecah 200PS dan tork setinggi 470Nm.

Antara penambahbaikan yang diterima oleh enjin ini adalah sistem kitaran semula gas ekzos. Ia membantu meningkatkan penjimatan bahan api sehingga 12 peratus.

Sama seperti varian 2.2L, 3.2L Wildtrak ini juga dipadankan dengan kotak gear automatik dengan enam-kelajuan. Malah Ranger baharu ini juga turut ditawarkan dengan transmisi manual.

Ranger_Ext_34

Prestasi enjin varian 3.2L ini memang mengagumkan. Ia tidak kedekut di dalam menghamburkan prestasi dan kuasa yang diingini.

Walau bagaimana pun, ia sedikit lambat bertindak sekiranya hendak meningkatkan kelajuan selepas kenderaan bergerak perlahan. Kerahan tenaganya diperlukan dengan tekanan pada pedal pendikit.

Selepas mendapat momentum kelajuan yang diingini, keselesaan pemanduan semakin utuh dirasai.

Pengalaman pemanduannya dipertingkatkan lagi menerusi sistem stereng bantuan kuasa elektrik (EPAS). Ia menawarkan rasa stereng yang tepat, semula jadi dan meyakinkan.

Dengan EPAS, stereng berasa ringan dan mudah dikendalikan ketika mengubah haluan pada kelajuan rendah seperti memasuki ruang parkir.

Stereng akan menjadi lebih tepat apabila dipandu pada kelajuan tinggi. Bantuan ini akan diberi apabila diperlukan berdasarkan kepada kelajuan, sudut stereng, kuasa ketika membelok, memecut dan nyahpecutan.

Tidak kira apa jua laluan, Ranger 3.2L ini mantap menguasai perjalanan. Walau pun memandu dalam kelajuan yang agak tinggi, kestabilannya masih teguh dirasai. Menariknya, ia terasa kurang bumpy, berbanding model terdahulu.

Bagi sistem suspensi, ia dipadankan dengan double wishbone dengan lingkaran gegelung di bahagian hadapan dan leaf spring di belakang.

Pengendaliannya juga menyenangkan. Ranger baharu ini bersaiz 5362 mm panjang, 1860 mm lebar dan 1815 mm tinggi serta 3220 mm bagi jarak rodanya.

Ranger_Ext_13

Ia juga mampu mencapai jejari pusingan minimum 6.2 meter, tidak sulit untuk melakukan pusingan u.

Bagi sistem keselamatan pula, Ford memang terkenal dengan adanya pelbagai elemen yang diperlukan.

Bagi varian 3.2L WildTrak, ia juga dilengkapi Forward Alert, satu sistem bantuan pemandu pintar yang memberikan mereka amaran visual dan bunyi sekiranya ia berada terlalu hampir dengan kenderaan di hadapannya.

Selain itu, ia turut menampilkan Kawalan Kelajuan Adaptif iaitu ciri yang menggunakan alat pengesan radar untuk mengesan trafik di hadapan dan mengubah suai kelajuan kawalan jelajah secara automatik bagi mengekalkan jarak yang selamat.

Ciri ini dilengkapkan lagi dengan sistem Lane Keeping Aid yang menggunakan kamera pada cermin pandang belakang. Ia akan membaca tanda jalan dan mengesan jika pemandu keluar daripada garisan secara tidak sengaja.

Manakala ciri keselamatan lain yang standard dan ada pada kesemua varian termasuklah ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Kawalan Adaptif Muatan (ALC), selain HDC dan HLA.

Manakala terdapat enam beg udara untuk varian 3.2L WildTrak dan hanya dua sahaja untuk lain-lain varian.

Ranger_Ext_23

Bagi varian 3.2L WildTrak ini, ia menampilkan sistem ketersambungan di dalam kereta generasi terkini Ford, SYNC 2 yang terdiri daripada satu skrin sentuh berwarna bersaiz lapan-inci untuk mengawal telefon, hiburan dan suhu dengan menggunakan sistem arahan suara yang mudah.

Dengan teknologi bebas tangan termaju Ford, para pemandu boleh mematuhi peraturan jalan raya dan kekal berhubung.

Ranger_Int_24

Manakala varian XLT juga dilengkapi ciri SYNC bersama paparan bersaiz 4.2-inci.

Selain itu, satu lagi ciri yang pertama dalam segmennya dan dipasang pada Ranger baharu ialah sistem MyKey Ford yang eksklusif. Sistem ini membolehkan pelbagai ciri diprogramkan.

Misalnya menetapkan had kelajuan maksimum, amaran memakai tali pinggang keledar dan volum maksimum untuk sistem audio.

Varian 3.2L WildTrak turut menampilkan ciri Front & Rear Park Assist serta kamera undur yang memberikan pandangan lebih jelas. Ia pastinya sangat berguna terutama ketika hendak masuk ke ruang parkir dan menarik trailer.

Material tempat duduknya ialah fabrik dan gabungan kulit premium bagi 3.2L WildTrak dan hanya fabrik premium untuk lain-lain model.

Sekilas memandang imej yang ditampilkan pada Ranger baharu ini, memang jatuh cinta dibuatnya. Ia menampilkan imej yang ranggi, sporty, penuh maskulin dan nampak garang.

Rekaan hud yang lebih maskular bergabung dengan gril berbentuk trapezoidal yang nampak begitu mantap.
Manakala lampu utama jenis projektor membolehkan trak pikap ini dapat dikenali secara serta-merta menerusi rupanya yang garang dan teknikal.

Ia turut dilengkapi dengan lampu nyalaan siang, lampu kabus hadapan dan belakang, pemijak tepi, bedliner, palang sport, serta rel bumbung dan soket 12V di cargo bed untuk varian WildTrak sahaja.

Ia turut menampilkan enam pilihan warna iaitu Pride Orange, Cool White, Metropolitan Grey, Aluminium Metallic, Black Mica dan Aurora Blue.

Harga atas jalan bagi Ranger XL ialah bermula RM91,588, manakala Ranger XLT pula dari RM101,388 dan 3.2L Ranger WildTrak berharga RM132,188.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/qiuqiu/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://www.ahcfacilities.com/sport/parlay/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/bandarqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pkvgames/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/dominoqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pokerqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/pkvgames/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/dominoqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/bandarqq/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://dbqpbvms.org/pkv-games/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/ https://www.coolyrockson.com/wp-includes/js/docs/bandarqq/ https://www.coolyrockson.com/wp-includes/js/docs/dominoqq/