DUKE beri diskaun tol 10% sempena Krismas
By 0 Comments
|
Untuk pengguna Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) SDN. BHD. (KESTURI), iaitu syarikat pengendalinya, telah mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 10% sempena Hari Krismas ini.
Potongan diskaun ini adalah bagi kenderaan Kelas 1 yang menggunakan bayaran elektronik (ETC) pada 25 Disember ini.
Ia adalah sebagai penghargaan daripada pihak DUKE kepada para pengguna lebuhraya ini.