AKLEH, GCE & LKSA tawar diskaun 20% sempena Krismas
By 0 Comments
|
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) telah mengumumkan diskaun tol sebanyak 20 peratus sempena sambutan Hari Krismas. Ia melibatkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).
Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan Prolintas Datuk Zainudin A. Kadir, pemberian diskaun itu bermula 6 pagi pada 25 Dis hingga 6 pagi 26 Dis kepada semua pengguna kenderaan kelas satu yang membuat bayaran secara elektronik (ETC) di lorong Touch ‘n Go dan SmartTAG.
Diskaun yang ditawarkan itu merupakan satu daripada program tanggungjawab sosial korporat Prolintas.