JPJ tutup semua servis mulai 23 hingga 27 Dis ini
By 0 Comments
|
Bagi anda yang ingin berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lebih baik lakukan segera atau pun tangguhkan dulu urusan anda. Ini kerana JPJ telah mengumumkan penutupan semua servisnya mulai jam 10 malam pada 23 hingga 27 Disember ini.
Penutupan sementara ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf sistem sedia ada. Dan ia melibatkan semua operasi termasuk di kaunter JPJ, Kaunter Pos, kiosk JPJ, kiosk MyEG, UTC serta urusan menerusi dalam talian oleh orang awam, syarikat mahu pun rakan niaga JPJ.