KESAS beri diskaun 10% di LSA sempena Krismas
By 0 Comments
|
KESAS Sdn.Bhd, syarikat pengendali Lebuhraya Shah Alam (LSA) menawarkan diskaun tol 10% di kesemua plaza tol LSA sempena hari Krismas pada 25 Disember 2015.
Diskaun tol ini dapat dinikmati oleh pengguna LSA kenderaan kelas 1 dari 12:01 pagi hingga 11:59 malam. Diskaun adalah tanda penghargaan KESAS kepada pengguna LSA yang sentiasa menyokong KESAS.
Dengan ini, harga tol biasa RM2.00 akan menjadi RM1.80 pada hari tersebut yang mana penurunan sebanyak RM0.20 bagi setiap transaksi.
Menurut CEO KESAS, Haji Imran Gulcharan Abdullah, “Ini mrupakan antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami sebagai penghargaan kepada para pengguna LSA dan masyarakat.”