Perodua menawarkan servis mengepam tayar dengan nitrogen
Perodua telah mengumumkan bakal menawarkan servis baharu iaitu mengepam tayar dengan nitrogen. Ia bakal ditawarkan dengan harga bermula RM15.90 untuk setiap isian bagi semua keempat-empat tayar. Servis ini hanya boleh didapati di pusat servis terpilih di seluruh negara.
Mengapa gas nitrogen yang dipilih? Menurut Perodua, ia memilih banyak faedah apabila mengisi gas nitrogen ini ke dalam tayar. Paling utama, tekanan tayar akan lebih bertahan lama berbanding udara biasa. Malah ia turut membantu memberikan penjimatan bahan api dan mengelakkan tayar cepat kekurangan udara.
Selain itu, gas nitrogen juga sebenarnya banyak digunakan untuk kenderaan prestasi tinggi atau jentera lumba, termasuk jentera Formula 1. Ia dikatakan lebih tahan lama dan lebih stabil apabila di bawah keadaan jalan yang lebih panas.
Malah ia juga bersifat mesra alam sekitar, mampu membantu meningkatkan sistem brek serta pengendalian pemandauan yang lebih baik dan membantu memanjangkan hayat tayar kenderaan.
Servis yang ditawarkan oleh Perodua ini bukan tertakluk hanya untuk model Perodua sahaja, malah ia juga dikatakan untuk model kenderaan lain.