MEX tawar diskaun tol 10% sempena Hari Krismas
By 0 Comments
|
Maju Expressway Sdn Bhd (MESB) telah mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 10% kepada para pengguna Lebuhraya Maju (MEX) sempena sambutan Hari Krismas ini.
Pemberian diskaun ini akan dinikmati oleh semua kelas pengguna lebuhraya terbabit bermula jam 12.00 pagi hingga 11.59 malam pada 25 Disember ini.
Ini merupakan pemberian diskaun untuk tahun ke-enam sejak lebuhraya ini mula diperkenalkan pada tahun 2010.
Bagi pengguna yang melalui Palza Tol Seri Kembangan pula, mereka masih boleh menikmati laluan percuma sehingga diberitahu kelak.