SMART umum diskaun tol 20% sempena Krismas
By 0 Comments
|
Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (SMART) turut mengumumkan diskaun sebanyak 20% kepada semua kenderaan bermula pada 6 pagi 25 Dis ini hingga 6 pagi keesokannya.
Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya SMART, Mohd Fuad Kamal Ariffin berkata diskaun tol yang diberikan adalah sebagai menghargai pengguna yang menggunakan Lebuh Raya SMART pada hari perayaan tersebut.