LLB tawar diskaun 15% sempena Krismas
By 0 Comments
|
Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd (LLB) turut mengumumkan pemberian diskaun tol sempena sambutan Krismas khamis ini.
Ia menawarkan diskaun sebanyak 15% atau pun potongan 20 sen kepada semua kenderaan kelas satu yang membayar secara tunai dan elektronik (ETC) di Plaza Tol Sungai Nyior.
Tawaran ini akan bermula pada jam 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam pada 25 Dis 2015.
LLB turut menggalakkan pengguna lebuh raya membuat bayaran tol secara elektronik supaya perjalanan lebih cepat dan selesa.
Diskaun tersebut turut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat syarikat konsesi lebuh raya.