Diskaun tol 20% di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena Krismas
Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Datuk Dr Ismail Mohamad Taib telah mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 20 peratus untuk kenderaan pelbagai kelas yang menyeberang masuk ke Pulau Pinang dari tanah besar melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) sempena Krismas ini.
Diskaun ke atas kadar tol itu akan berkuat kuasa mulai tengah malam sehingga 11.59 malam pada 25 Dis.
Pemberian diskaun ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada para pengguna jambatan ini sejak ia mula dibuka Mac tahun lepas.
Secara purata, sebanyak 12,500 kenderaan menggunakan jambatan itu setiap hari, dan jumlah tersebut meningkat semasa musim perayaan, cuti persekolahan dan cuti hujung minggu yang panjang.
Sumber foto : Laman web Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB)