Hyundai kekalkan harga modelnya untuk tahun 2016, kecuali Tucson naik RM3k
By 0 Comments
|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengesahkan harga bagi semua model Hyundai adalah tidak berubah untuk tahun 2016. Walau bagaimana pun, ia tidak melibatkan model terbaharu Tucson kerana harganya meningkat sebanyak RM3,000 mulai Januari ini.
Tucson didatangkan dengan dua varian iaitu Elegance dan Executive. Dengan peningkatan harga tersebut, ia dijual pada harga atas jalan bermula RM129,991 (tanpa insurans). Manakala harga atas jalan bagi varian Executive pula ialah RM142,633.
Kedua-duanya menampilkan ‘jantung’ yang sama iaitu enjin Nu 2.0 MPi yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 155 PS pada 6,200 rpm dan puncak tork 192 Nm pada 4,000 rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan.