Perodua anjur kempen “Wow, Ang Pow!” – Rebat tunai sehingga RM11,888
Bahang Tahun Baru masih terasa, tapi Peroda telah pun membuka tawaran sempena Tahun Baru Cina yang bakal diraikan awal Februari ini.
Bagi pembeli terawal, Perodua menawarkan kempen “Wow, Ang Pow!”, dengan rebat tunai keseluruhan berjumlah RM11,888.
dengan hadiah utama berupa angpau bernilai RM8,888, RM3,888 dan 1,888 (lapan bagi setiap satu), RM1,188 dan RM888 (18 setiap satu) serta paket ‘saguhati’ bernilai RM388 (sejumlah 88 paket).
Untuk menyertainya, pembeli perlulah mendaftarkan mana-mana model Perodua atau berbelanja sekurang-kurangnya RM188 di pusat servis Perodua terpilih dari sekarang hingga 29 Februari ini. Kemudian, mendaftar dengan program kesetiaan pelanggan Perodua UFirst (jika masih belum mendaftar) dan jawab soalan mudah menerusi SMS.
Jadi inilah masa yang paling tepat untuk anda membeli Axia, Myvi mahu pun Alza. Malah Perodua turut menawarkan angpau tambahan sebanyak RM3,888 (atau diskaun, mana-mana pilihan anda) bagi Myvi dan Alza.