Audi Malaysia turut mengumumkan perubahan harga bagi semua modelnya untuk tahun 2016. Terdapat peningkatan harga atas jalan bagi tujuh modelnya, bermula dengan A5 2.9 TSFI quattro Sportback, yang meningkat sebanyak RM3,000 menjadi RM357,900.
Manakala harga bagi dua model A6 turut meningkat, masing-masing RM3,000 iaitu bagi A6 1.8 TFSI kini RM327,900, sementara A6 3.0 TFSI quattro pula ialah RM487,900.
Manakala bagi Q3 pula, varian 1.4 TFSI pula meningkat RM1,000, menjadi RM218,900. Sementara bagi varian 2.0 TFSI quattro pula meningkat RM2,000, menjadi RM254,900.
Akhir sekali, bagi model TT 2.0 TFSI mengalami peningkatan sebanyak RM2,000, menjadi RM286,900. Bagi model TTS 2.0 TFSI quattro pula, meningkat sebanyak RM3,000 menjadi RM392,900. Kesemua harga atas jalan ini adalan tanpa insurans.
Satu lagi model kenderaan menawan yang dilancarkan pada suku ketiga tahun ini ialah Audi A6 sedan baharu. Keputusan Audi Malaysia untuk melancarkan Audi A6 sedan terbaharu ini dilihat tepat pada masanya kerana sambutan terhadap model keluaran Jerman ini boleh dikatakan memberangsangkan. Tampil dengan dua varian iaitu A6 1.8 TFSI dan…
Audi Malaysia telah mengumumkan kemasukan model SUV kompak premium Audi Q3 baharu ke pasaran yang tampilkan dengan penambah baikan prestasi, gaya yang lebih menawan dan juga beberapa elemen yang diperbaharui. Saiz kerangkanya adalah sama dengan model sebelumnya iaitu 4.39m panjang, 1.83m lebar, 1.59m tinggi dan jarak roda 2.6m. Walau bagaimana…
Walau pun tiada pelancaran secara rasmi, sebaliknya hanya tampil pada beberapa acara, namun Audi A3 Sedan ini telah pun mula berada di pasaran Malaysia. Hadir dengan dua varian iaitu 1.4 TSFI dan 1.8 TFSI quattro, kedua-duanya tampil dengan elemen tersendiri. Ditawarkan pada harga RM179,900 bagi varian 1.4 TSFI dan 1.8…
Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.