Kia Malaysia turut melaksanakan harga baharu bagi kesemua modelnya dan ia efektif mulai 1 Januari 2016. Menerusi carta di atas, hampir kesemua modelnya mengalami peningkatan harga sehingga 4%. Buat setakat ini, harga baharu terbabit hanya untuk pasaran Semenanjung Malaysia sahaja.
Dua model Kia terbaharu yang diperkenalkan di Malaysia iaitu Cerato Koup (RM135,888) dan Rio Sedan (RM72,888) tidak mengalami perubahan harga atas jalan (termasuk insurans).
Mulai 1 Jan 2016, Honda Malaysia telah melaksanakan harga baharu bagi kesemua modelnya iaitu Honda City, Accord, Civic, CR-V, HR-V, Jazz dan Odyssey. Di mana harga atas jalan baharu termasuk insurans yang diumumkan ini mengalami peningkatan sehingga RM6,964. Jika dilihat pada carta di atas, kesemua varian ini (kecuali Civic Hibrid…
Sempena dengan implementasi GST, Naza Kia Malaysia turut mengumumkan harga atas jalan (berserta insurans) bagi model-modelnya di Malaysia. Kesemua model kecuali Picanto, melihatkan penurunan harga antara RM208 dan RM2,088 iaitu 0.23% dan 1.31%. Walau bagaimana pun, harga bagi Picanto tiada perubahan iaitu RM54,888 (manual) dan RM59,888 (auto), bersama insurans dan…
Carta di atas merupakan harga baharu yang telah diumumkan oleh UMW Toyota bagi semua model Toyota di Malaysia, efektif Januari 2016. Menerusi carta tersebut, kesemua model dan varian mempamerkan harga baharu yang dilihat mengalami peningkatan (kecuali bagi Camry Hibrid) iaitu antara RM3,170 hingga RM9,598. Model Vios mengalami peningkatan harga antara…
Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.