Petronas anjur kuiz ‘Pam & Menang’ – Mercedes-Benz CLA 200, Proton Iriz kustom untuk dimenangi
Petronas baru saja melancarkan kuiz terbaharunya, ‘Pam & Menang’ yang berlangsung mulai hari ini sehingga 29 Februari 2016.
Ia terbuka bagi pemenang Kad Mesra yang berbelanja minimum RM40 bagi isian minyak dan mengimbas kad mereka di mana-mana stesen minyak Petronas seluruh negara, tanpa perlu mengisi borang.
Pelbagai hadiah menarik ditawarkan termasuk hadiah utama berupa seunit Mercedes-Benz CLA 200, lapan unit Proton Iriz 1.6 Premium kustom, 18 unit skuter Piaggio Vespa dan 16 unit basikal lipat JAVA.
Bagi pemenang yang memenangi CLA atau Iriz, turut membawa pulang baucer petrol bernilai RM1,000, sementara RM500 untuk pemenang yang mendapat Vespa. Manakala 1,600 hadiah saguhati turut ditawarkan dengan mata ganjaran Mesra berjumlah 3,000 setiap satu.
“Menerusi kempen baharu ini, kami meraikan kejayaan team Formula-One bersama para pelanggan, dengan memberikan pengalaman yang cukup bermakna,” ujar Pengarah Urusan dan CEO Petrol Dagangan Ibrahimuddin Yunus.