Kia bakal pamer model konsep SUV bersaiz besar di Detroit 2016
By 0 Comments
|
Kia telah mendedahkan satu imej pengenalan bagi model konsepnya yang bakal dipamerkan di North American International Auto Show (NAIAS) 2016 minggu hadapan.
Menerusi imej pengenalan ini, kelihatan ia sebuah SUV yang bersaiz besar, berciri premium dan mungkin menduduki rankin lebih atas daripada Sorento.
Kia Motors America berkata model konsep ini menerima sentuhan rekaan daripada studio rekaan Kia yang terletak di California dan ia bakal dilengkapi dengan pelbagai elemen teknologi terkini.
Malah model konsep ini dikatakan bakal membawakan arah terkini bagi rekaan Kia serta kemungkinan besar rekaannya akan diimplementasikan pada model SUV premium Kia yang akan datang. Kemungkinan besar juga pada model K900/K9 saloon.