Volvo dan Microsoft bekerjasama tawar servis yang membolehkan pemandu bercakap dengan kereta
Volvo dan Microsoft telah menjalin usahasama bagi menawarkan servis yang membolehkan pemandu bercakap dengan kereta.
Dengan aplikasi Microsoft Band 2 yang disambungkan peranti seperti jam, membolehkan pemandu ‘menghantar’ arahan terus kepada kereta untuk mengunci pintu, menghidupkan alat pemanas, membunyikan hon, mengelipkan lampu dan mengikut arahan navigasi.
Untuk mengoperasikannya, pemandu hanya perlu aplikasi mobil Volvo on Call yang menyalurkan akses fungsi kereta menerusi kawalan suara.
Dikhabarkan teknologi ini bakal ditawarkan mula musim panas ini tetapi difahamkan servis Volvo on Call hanya boleh didapati di beberapa pasaran terpilih sahaja iaitu US, UK, Poland, Rusia, Kanada, China, Sweden, Jerman, Perancis, Itali, Netherlands, Belgium, Luxembourg, Switzerland, Austria, Spain, Portugal, Norway, Finland, Denmark, dan Brazil.