Petron Blaze 100 – Petrol RON100 bakal dilancarkan di Malaysia 15 Jan ini
Baru-baru ini, Petron Malaysia telag mendedahkan menerusi laman Facebook mereka mengenai produk baharu yang bakal diperkenalkan pada 15 Januari ini. Menerusi imej yang dipaparkan itu, kemungkinan besar ia merupakan bahan api Blaze bagi kenderaan prestasi tinggi, lebih kurang seperti V-Power Racing dari Shell.
Ia diberi nama Petron Blaze, yang mengandungi RON100, yang sesuai untuk kenderaan yang menggunakan bahan api prestasi tinggi seperti RON98 (contohnya bagi Honda Civic Type R, dan Toyota 86 mahu pun motosikal berkuasa tinggi).
Buat permulaan, bahan api ini boleh didapati di lapan buah stesen minyak Petron di seluruh negara dan ia bakal berkembang ke lokasi lain tidak lama lagi.
Berkenaan dengan harganya, pastinya ia akan tinggi sedikit lebih dari RM2.25 per liter iaitu bagi petrol RON97.
Blaze 100 akan menjadi bahan api paling premium dari Petron, yang diposisikan lebih atas berbanding Blaze 95 dan 97. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bahan api terbaharu ini, nantikan hari pelancarannya kelak.