Baru-baru ini, Petron Malaysia telah mendedahkan menerusi laman Facebook mereka mengenai produk baharu yang bakal diperkenalkan pada 15 Januari ini. Ia merupakan bahan api Blaze bagi kenderaan prestasi tinggi, yang dikenali sebagai Petron Blaze iaitu petrol RON100.
Menerusi laman Facebook rasminya, Petron Malaysia turut mendedahkan Petron Blaze ini akan terdapat di lapan buah stesen minyaknya di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru terlebih dahulu.
Ia boleh didapati di stesen minyak Petron sekitar Lembah Klang iaitu di Petron Jalan Maarof, Petron Tol Sg. Besi (arah Selatan), Petron Taman Tun Dr. Ismail, Petron Kesas (arah Barat), Petron Batu 3 Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur) dan Petron Damansara Kayu Ara.
Manakala dua stesen minyak Petron di Johor Bahru turut terpilih untuk penjualan bahan api ini iaitu di Petron Tol Skudai Toll (arah Utara) dan Petron Linkedua (arah Selatan).
Baru-baru ini, Petron Malaysia telag mendedahkan menerusi laman Facebook mereka mengenai produk baharu yang bakal diperkenalkan pada 15 Januari ini. Menerusi imej yang dipaparkan itu, kemungkinan besar ia merupakan bahan api Blaze bagi kenderaan prestasi tinggi, lebih kurang seperti V-Power Racing dari Shell. Ia diberi nama Petron Blaze, yang mengandungi…
Pada November tahun lalu, buat pertama kalinya di Malaysia, diesel Euro 5 telah pun diperkenalkan di Malaysia oleh stesen minyak BHPetrol. Pada ketika itu, bahan api ini hanya boleh didapati di beberapa buah stesen minyak berkenaan di bahagian selatan termasuklah BHPetrol Pagoh Selatan, BHPetrol Pagoh Arah Utara, BHPetrol Tebrau 2…
Industri automotif di Malaysia kian rancak apabila kenderaan hibrid mula memasuki pasaran, selain daripada model konversional. Kemudian giliran kenderaan elektrik (EV) pula diperkenalkan di pasaran tempatan namun kehadirannya seakan kurang mendapat perhatian ramai seperti mana yang diterima oleh model hibrid. Namun begitu, semalam sebuah syarikat tempatan telah mengambil inisiatif untuk…
Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.