TC Euro Cars umum kempen jualan ‘Usher in the New Year with 5 Prosperity Blessings’ untuk Renault Fluence
TC Euro Cars, pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia telah mengumumkan kempen jualan ‘Usher in the New Year with 5 Prosperity Blessings’ untuk model Renault Fluence.
Kempen itu mengetengahkan pakej selepas jualan dan penyelenggaraan ‘5inFluence’ unik TC Euro Cars yang menawarkan tawaran selepas jualan terbaik dalam kelasnya. Melibatkan semua varian Fluence yang dijual di Malaysia, pakej itu merangkumi jaminan pengeluar selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.
Selain itu, pelanggan juga menerima penyelenggaran percuma selama lima tahun atau sehingga 100,000km mana-mana tiba dahulu, jaminan alat ganti tulen selama setahun dan perkhidmatan mengambil secara percuma untuk setiap servis berjadual.
Bukan itu sahaja, Penyelesaian Mobiliti 48 jam yang menawarkan kereta gantian apabila Fluence pelanggan perlu berada di bengkel lebih 48 jam turut ditawarkan.
Sebagai tambahan, sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan Renault Fluence yang baru akan menikmati ‘Pakej Prosperity Blessings’ bernilai lebih RM15,000. Ia termasuklah ang-pow sebanyak RM11,888, petrol percuma RM2,888 dan kad Touch & Go bernilai RM500.
Pakej ini sah sehingga 28 Februari 2016 dan melibatkan unit yang didaftarkan sepanjang tempoh kempen sahaja.
TC Euro Cars mengekalkan harga Renault Fluence pada tahun 2016 yang bermula pada RM108,888 untuk varian Expression (harga di atas jalan termasuk GST tanpa insurans bagi pendaftaran peribadi).
Dikenali kerana sifatnya yang kukuh dan tahan lasak, Renault Fluence dikuasakan oleh unit enjin petrol 2.0L yang dibangunkan oleh kerjasama Renault-Nissan. Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi automatik X-Tronic CVT generasi seterusnya yang mampu menawarkan pemanduan lancar dan berkuasa.
Sedan Renault Fluence empat pintu ini menawarkan keluasan ruang kabin yang tiada tandingan. Di samping teknologi ketersambungan seperti Renault R-Link dan kad yang menawarkan kemudahan kemasukan tanpa kunci, menghidupkan enjin dan mengunci pintu apabila kenderaan mula bergerak.
Sila baca ulasan pandu uji Renault Flunce DI SINI.