Jalan susur ke Jalan Maarof di Pusat Bandar Damansara ditutup mulai 14 Jan hingga 29 Feb ini
By 0 Comments
|
MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan jalan susur ke Jalan Maarof berhampiran Help Residence di Pusat Bandar Damansara akan ditutup sepenuhnya mulai 14 Jan ini.
Penutupan tersebut berlangsung selama 47 hari dan bertujuan bagi kerja-kerja pembinaan MRT iaitu kerja memasang besi jambatan penghubung di Pintu Masuk A Stesen Pusat Bandar Damansara.
Sepanjang penutupan tersebut, kenderaan dari Kuala Lumpur menghala ke Jalan Maarof (menuju ke Bangsar) akan dilencongkan ke jalan susur yang menghubungkan Jalan Johar dan membelok ke kiri di bawah jejambat SPRINT ke Jalan Maarof sebelum menuju ke Bangsar.