Model konsep Hazumi sahih untuk Mazda 2 hatchback?
Desas-desus yang mengatakan model konsep Mazda Hazumi yang dipamerkan di Geneva Motor Show 2014 merupakan generasi baharu Mazda 2 hatchback ternyata benar. Kereta segmen-B ini direncana bakal ditampilkan pada tahun 2015 ini, bagi menggantikan Mazda2 generasi ketiga yang diproduksi sejak 2007 lalu.
“Hazumi” yang bermaksud “spring up” atau “bound” dalam bahasa Jepun ini bakal menjadi gambaran pertama bagi kenderaan hatchback keluaran Mazda ini. Ia tetap mengadaptasikan rekaan Kodo seperti mana model Mazda 3 dan Mazda 6.
Walau bagaimana pun, Mazda masih belum membuat kenyataan lebih terperinci mengenai model konsep ini. Dan tidak dinyatakan konsep Hazumi ini bakal diterapkan pada model sedan keluaran Mazda yang akan datang mahu pun tidak. Nantikan pengumuman Mazda selanjutnya.