Jom kunjungi ‘Volkswagen On Tour’
Bermula hari ini sehingga Mac 2014, Volkswagen Malaysia bakal memulakan pameran sulung jenamanya ke seluruh negara yang dikenali sebagai ‘Volkswagen On Tour’. Ia bagi memperkenalkan jenama serta rangkaian kenderaan bersama kejuruteraan Jerman ini ke 13 lokasi di seluruh negara. Dengan memilih Queensbay Mall, Pulau Pinang, sebagai lokasi pertamanya, ia akan menumpukan tempat tumpuan ramai, khususnya pusat membeli-belah sebagai rangka promosi ini.
‘Volkswagen On Tour’ menawarkan pengalaman yang eksklusif untuk para peminat dunia pemotoran dan ahli keluarga mereka secara percuma.
Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Dr Zeno Kerschbaumer berkata, “Selain penampilan Volkswagen dalam acara Kuala Lumpur International Show 2013 pada November lalu dan pengambangan rangkaian pengedar yang dilakukan baru-baru ini, siri jelajah ‘Volkswagen On Tour’ adalah lanjutan dan perincian terhadap konsep tersebut.”
‘Volkswagen On Tour’ menjadi satu lagi inisiatif berterusan untuk memperkenalkan model-model pasangan tempatan (CKD) Volkswagen, selain mengukuhkan kehadiran jenamanya di seluruh negara.
Sepanjang siri jelajah yang berlangsung selama 13 minggu ini, para pengunjung boleh melihat secara dekat pelbagai model Volkswagen yang dipamerkan. Sama ada Polo Sedan 2014 yang baru dilancarkan, Golf (Kereta Tahunan Dunia 2013) atau Beetle yang ikonik. Mereka juga boleh meneroka dan memandu uji model Volkswagen kegemaran masing-masing.
‘Think Blue’ adalah salah satu tema yang boleh diketahui secara lebih lanjut oleh orang ramai berkaitan penjimatan bahan api dan pengurangan emisi karbon dioksida demi masa depan. Di samping bagaimana Volkswagen mengaplikasikan teknologi automotif yang inovatif dan memenangi anugerah untuk masa depan yang lebih baik.
Siri jelajah ‘Volkswagen On Tour’ menjanjikan para pengunjung dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila boleh mengetahui aspek-aspek lain jenama Volkswagen melalui paparan-paparan interaktif dan pelbagai aktiviti menyeronokkan. Ini termasuklah melihat sisi sporty jenama itu seperti Volkswagen Golf GTI, memandu simulator serta meraikan kemenangan terbaharu Volkswagen Motorsports dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) 2013.
Para pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan foto ‘Volkswagen On Tour’ yang memerlukan mereka merakam gambar sendiri dengan sekeping susun suai gambar yang telah lengkap dan boleh diperoleh di sana. Mereka kemudian perlu menghantar fotor terbabit dengan hashtag #VolkswagenOnTour sama ada ke Instagram, mengikuti akaun @VolkswagenOnTour atau di laman Facebook dan tag Facebook Volkswagen Malaysia untuk peluang memenangi satu daripada sembilan hadiah pandu uji selama dua minggu dengan mana-mana model Volkswagen kegemaran mereka.
Maklumat lanjut mengenai ‘Volkswagen On Tour’, sila layari laman web: www.volkswagenontour.com.my bermula dari 13 Dis 2013.