Jaguar pilih David Beckham sebagai duta untuk pasaran China
Hujung minggu lalu, Jaguar telah mengumumkan pelantikan pemain bola sepak terkemuka dunia, David Beckham, sebagai duta jenama itu untuk pasaran China.
Pelantikan itu dibuat bagi membantu Jaguar yang bakal melancarkan model baharu di sana tidak lama lagi.
Bekas pemain pasukan Manchester United dan England itu telah pun menjalani sesi penggambaran bagi iklan TV dan sebagainya eksklusif untuk pasaran China. Di mana F-Type Coupe menjadi model pertama untuk digandingkan bersama Beckham. Selain itu, Jaguar juga bercadang untuk mempromosikan XJ Saloon kelak.
Menurut Beckham, beliau memang sudah lama mengagumi Jaguar kerana memiliki gaya dan rekaan yang penuh keterampilan. Malah Jaguar turut membawakan imej sejati British. Pelantikannya sebagai duta jenama itu bagi China dianggap sebagai suatu perhormatan yang tidak terhingga.