Honda Civic Si Coupe & Civic Si Sedan 2014 lebih sporty
Untungnya pasaran di US kerana Honda Civic Si Coupe dan Civic Si Sedan versi 2014 bakal melewati jalan raya di sana.
Menerima penampilan baharu dengan rekaan penuh sporty pada bampar hadapan, peresap belakang dan spoiler pada bahagian bonet belakang membuatkan kedua-dua varian ini cukup menawan. Malah padanan rim aloi bersaiz 18 inci turut menyerlahkan gayanya.
Manakala bahagian kabinnya menerima perubahan yang minima, termasuklah sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, Honda LaneWatch dan sistem audio Display dengan skrin paparan sesentuh bersaiz tujuh inci.
Di bawah hudnya, kedua-dua model ini dijanakan oleh enjin 2.4 liter empat silinder i-VTEC yang turut dipadankan dengan sistem ekzos baharu. Ia menghamburkan kuasa maksimum sehingga 205 hp dan tork puncak 235 Nm.
Civic Si Coupe 2014 mulai dijual hari ini pada harga $22,790. Manakala Civic Si Sedan pula bakal dijual bermula 26 Mac ini pada harga $22,990.