Cabaran Memandu Kenderaan Berat Shell Rimula bermula April ini & menangi tiket VIP ke London
Shell Lubricants telah melancarkan Promosi Global Shell Rimula yang sentiasa dinanti-nantikan, memberi peluang kepada pelanggan dari seluruh dunia untuk berhimpun dan bersaing dalam Cabaran Memandu Kenderaan Berat Shell Rimula 2014 yang merupakan sebahagian daripada lawatan VIP eksklusif ke London, England.
Pada bulan September ini kelak, enam pemenang yang memenangi hadiah utama dari Malaysia akan dipilih untuk bersaing dengan peserta akhir dari 12 negara lain dalam pertandingan yang akan menguji kemahiran memandu masing-masing. Peserta perlu memandu pelbagai kenderaan berat untuk menempuh satu siri halangan. Cabaran yang dicipta khas tersebut akan menguji kejituan memandu, kawalan kenderaan dan kerjasama sepasukan peserta dalam usaha mereka dinobatkan Juara Pemanduan Berat Shell Rimula.
Peraduan yang bakal bermula diadakan dari 1 April hingga 30 Jun 2014 ini terbuka kepada semua pelanggan yang membeli tong atau baldi minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula R4, R5 atau R6.
Pameran bergerak seluruh negara sekali lagi akan diadakan sempena Promosi Global Shell Rimula 2014. Sambil mengekalkan tema ‘Kerja Keras’ yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada pemandu trak sejak dua tahun lepas, pameran bergerak Shell Rimula di seluruh negara tahun ini lebih mengutamakan aspek pendidikan menerusi Makmal Teknologi Shell Rimula.
Makmal Teknologi Shell Rimula merupakan sebuah trak kontena 20 kaki yang akan singgah di kira-kira 15 lokasi di merata Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak dari 15 April hingga 30 Jun 2014. Matlamatnya ialah untuk menunjukkan teknologi inovatif di sebalik kelebihan Shell Rimula dan manfaat unggul minyak pelincir sintetik dengan cara yang menyeronokkan dan membolehkan pengunjung melihat dan mencuba sendiri kit alatan demonstrasi, aplikasi digital dan permainan.
Menurut Cik Seow Lee Ming, Pengurus Jenama Global Shell Rimula, kombinasi antara kepimpinan teknologi, produk inovatif yang memberikan manfaat ketara dan interaksi berkesan di peringkat akar umbi yang menunjukkan kesefahaman dengan pelanggan telah memantapkan kepimpinan pasaran Shell Rimula di peringkat global dan juga di Malaysia.
“Di Shell, kami turut membezakan diri daripada pesaing sebagai penyedia penyelesaian minyak pelincir lengkap bagi pengendali angkatan kenderaan. Kami mempunyai penyelesaian produk dan perniagaan yang terkhusus dinamakan “Driveline”, dengan portfolio lengkap produk yang canggih dari segi teknologi untuk melindungi setiap komponen tali pacuan daripada kehausan, asid dan enapan. Produk tersebut termasuk minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula, minyak transmisi, gandar dan gear Shell Spirax dan gris Shell Gadus,” katanya.
Shell Rimula komited terhadap penyelidikan dan pembangunan, dengan membuat pelaburan besar untuk memastikan minyak enjin tugas beratnya diuji dalam kenderaan paling berat dan keadaan pemanduan paling sukar. Hasil penyelidikan inilah yang kemudiannya diguna pakai demi manfaat pelanggan Shell Rimula untuk menawarkan produk minyak pelincir paling canggih di dunia untuk semua kenderaan berat.