Haval M4 mula dipromosi melalui oto.my
By 0 Comments
|
Biar pun dijangka mempunyai masa dalam tempoh satu setengah bulan untuk melancarkan model Haval M4 iaitu pada Mei ini, oto.my telah pun mula memaparkan promosi mengenai SUV mini ini.
Dijanakan oleh enjin 1.5 liter VVT empat silinder dengan padanan kotak gear manual lima kelajuan,kebarangkalian besar, SUV pacuan dua roda ini akan dijual di bawah harga RM50k.
Difahamkan, Haval M4 untuk pasaran Malaysia dipasang di kilang pemasangan milik Green Oranges yang bertanggungjawab sebagai pengedar rasmi kenderaan Great Wall Motor (GMW) di sini.