Chevrolet Colorado Sport tampil lebih agresif
By 0 Comments
|
Bangkok Motor Show yang bakal membuka tirainya esok pastinya menjadi medan mempamerkan deretan model baharu, kereta konsep mahu pun facelift.
Chevrolet turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan model terbaharu trak pikapnya, Colorado Sport. Memperagakan imej yang lebih agresif, trak ini turut dilengkapi dengan bampar hadapan ‘nudge’, lampu pencahayaan siang LED dan rim aloi bersaiz 17 inci. Trak ini juga mempunyai pemijak pada bahagian kedua belah sisi, logo edisi istimewa dan ‘sports bar’.
Hanya diproduksi secara terhad iaitu 500 unit sahaja, trak edisi istimewa ini didatangkan dengan warna Black Sapphire, Summit White dan Orange Rock.