Pusat 3S Hyundai Sungai Petani dilancarkan
Pusat servis 3S terbesar Hyundai di Sungai Petani, Kedah Darul Aman, telah pun dibuka bagi memenuhi kehendak pasaran di kawasan sekitarnya. Ia merupakan pusat 3S Hyundai yang ke-24 dan dikendalikan oleh AutoLim Brothers Sdn Bhd.
Berkeluasan 50,000 kaki persegi, pusat 3S ini mampu memberikan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan Hyundai yang menetap di sekitar Sungai Petani, Gurun, Semeling, Merbok, Tanjung Dawai, Kuala Ketil, Baling dan Bertam. Ia turut menampilkan bilik pameran, lima ruang penyelenggaraan kenderaan, lounge untuk para pelanggan serta pusat jualan alat ganti. Malah ia juga turut menawarkan perkhidmatan WiFi secara percuma, ruang permainan kanak-kanak, dan sebagainya.
Sempena dengan pelancaran pusat 3S ini, ia turut mempamerkan secara eksklusif model baharu Hyundai Sport Series seperti Elantra Sport 1.6 dan 1.8, Tucson Sport, i40 Sport dan model baharu Grand Starex. Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mensasarkan untuk memperkenalkan lebih banyak varian Sports Series bagi memenuhi cita rasa para penggemar kenderaan sport tempatan. Barisan model Hyundai Sport Series sudah pun boleh mula di tempah di semua bilik pameran Hyundai di seluruh negara.
Sports Series menawarkan kit badan yang baharu dan penambahan seperti jeriji baharu, rim sports, lampu LED, roof rack untuk sesetengah model dan banyak lagi.
Menurut Pengarah Urusan HSDM, Lau Yit Mun, pelancaran Sports Series ini bagi memenuhi permintaan pasaran. Terutamanya bagi mereka yang ingin menampilkan gaya penuh sporty pada kenderaan Hyundai terutamanya di kalangan generasi muda.