Subaru Outback 2015 bersedia membuat penampilan pertama
Bahang New York Auto Show 2014 yang bakal berlangsung beberapa minggu lagi kian membara. Ia juga menambahkan bara dalam semangat kebanyakan pengeluar kenderaan dunia yang berebut mahu mempamerkan model terbaharu atau yang diperbaharui, mahu pun kenderaan konsep sebagai penampilan global pertama di pertunjukan berprestij itu.
Ini termasuklah Subaru yang telah pun mengedarkan foto pertama model Outback versi 2015 yang bakal tampil buat pertama kali di peringkat global di New York.
Dihasilkan bagi menawarkan ‘pengendalian umpama kereta dan memiliki keupayaan SUV’, ia turut mengambil inspirasi rekaan Subaru Legacy 2015 yang telah pun diperkenalkan awal tahun ini. Tidak banyak maklumat yang didedahkan. Namun menerusi foto pertama ini, kelihatannya Outback dipadankan dengan lampu utama LED dengan kombinasi jeriji dan bampar yang disekalikan.
Berkenaan dengan mekanikalnya, sama ada Outback bakal menampilkan enjin 2.5 liter empat silinder yang mampu memberikan kuasa maksimum 175 hp dan tork puncak 235 Nm atau pun 3.6 liter enam silinder dengan menghamburkan terjahan 256 hp serta 334 Nm.
Related
Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.